BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

23 April 2010


kenangan ngan kawan-kawan yang tak dapat dilupakan

20 April 2010

adat Melayu


"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semuga dimasa akan datang pantun tidak terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********

Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********

Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********


16 April 2010

Adat Melayu



Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.
Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini:






  • Melenggang Perut


  • Menyambut Kelahiran


  • Berendoi


  • Bercukur Jambul


  • Bersunat


  • Bertindik


  • Berkhatam Al-Quran


  • Menilik atau merisik


  • Meminang dan bertunang


  • Menghantar Belanja dan Akad Nikah


  • Berandam dan berasah gigi


  • Berinai di Pelamin


  • Bersanding


  • Mandi-mandian atau berlimau


  • Sambut-menyambut (Bertandang)


  • Meminang Perempuan Janda


  • Adat Berkahwin Janda


  • Adat Berkahwin Janda Berhias


  • Bersalin


  • Berpantang Empat Puluh Empat Hari


  • Mandi Selepas pantang Kematian


15 April 2010

Projek Minor Tari"Classic Kitch Contemporary"


Terdiri daripada 8 orang penari lelaki dan perempuan, hasil koreografer Miraz dan Ema yang berlangsung di panggung budaya UPSI, Tg Malim, perak pada 18 Mac 2010...




thanks pada yang banyak membantu dalam menjayakan item ini...

Menari.. LAlalaa





















bila melakukan aktiviti yang memang digemari.. memang happy sangat2... banyak pengalaman yang dapat ditimba....

04 October 2009

KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada 4 bahagian:

  1. Reka bentuk matapelajaran
  2. Reka bentuk disiplin
  3. Reka bentuk bersepadu
  4. Reka bentuk korelasi
  5. Reka bentuk mata pelajaran

Reka bentuk ini kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks.

Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

Reka bentuk disiplin

Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri. Disiplin adalah cara atau proses sesuatu mata pelajaran.Reka bentuk ini menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu.

Contohnya: mata pelajaran pendidikan jasmani, selain kemahiran, guru perlumengajar sesuatu disiplin sesuatu permainan.Pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan kemahiran. Reka bentuk ini dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek atau proses yang terlibat menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

Reka bentuk bersepadu

Reka bentuk ini menyatukan 2 atau lebih subjek yang menjadikan mata pelajaran yang bersepadu. Reka bentuk ini membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing.Reka bentuk ini menghilangkan sempadan mata pelajaran dengan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contoh matapelajaran Sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains 4.

Reka bentuk korelasi

Reka bentuk ini mengaitkan maklumat dengan satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara satu subjek. Sebagai contoh, guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajah hingga ke sekarang. Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu bekerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mngaitkan maklumat dari subjek-subjek yang berlainan. Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidik.

Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falasafah prongressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  1. Reka bentuk berpusatkan pelajar
  2. Reka bentuk berpusatkan pengalaman
  3. Reka bentuk berpusatkan humanisti

1. Reka bentuk berpusatkan

Pelajar Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar.Reka bentuk ini menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di beri peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar.Contohnya oleh kerana sifat kanak-kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

2. REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

Reka bentuk situasi kehidupan.

Reka bentuk semula masyarakat

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan. Reka bentuk situasi kehidupanReka bentuk semula masyarakatReka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

  • Reka bentuk situasi kehidupan
  • Reka bentuk semula masyarakat

1. Reka bentuk situasi kehidupan

Reka bentuk ini mirip dengan teori konseptual. Reka bentuk situasi berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu diaplikasikan dalam kehidupan secara terus.Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Oleh itu, kurikulum perlu dibina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain, kurikulum yang terbentuk dalam mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku pada masa ini.

2. Reka bentuk semula masyarakat

Reka bentuk ini berorientasikan masyarakat, reka bentuk ini mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam perubahan dalam masyarakat. Kurikulum ini meyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.

KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM GENERASI GEMILANG SEKOLAH RENDAH (KTGGSR)

Kandungan pelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KGGSR ini amat menekan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif. Sukatan yang digubal berupaya memenuhi keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: Kecergasan Kemahiran kesukanan Berdasarkan sukatan yang digariskan jelas dapat dilihat elemen pengulangan, kesepaduan, ansur maju, skop dan turutan telah diterapkan dalam pengubalan Kurikulum Generasi Gemilang Sekolah Rendah (KGGSR) ini.

Berikut adalah objektif am bagi tahap 1 dan tahap 2:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3, murid dapat:

  • Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan.Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan pelnagai variasi.

  • Dapat memupukkan kerjasama semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.Mematuhi arahan serta peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan diri, rakan, dan kumpulan.Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik terhadap rakan-rakan.Pada akhir pengajaran dan pembelajaran tahap 2 iaitu tahun 4 hingga 6, murid dapat:

  • Memahami maksud kecergasan fizikal berkaitan dengan daya tahan kardivoskular, kelenturan, imbangan, ketangkasan daya tahan otot, kekuatan otot, masa tindak balas. Kelajuan, kuasa, komposisi badan.Dapat melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan.Dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

  • Mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan.Memahami dan mengamalkan sikap positif dalam bidang sukan yang diceburi.Mengetahui kemudahan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.Mengetahui dan mengamalkan undang-undang dan peraturan dalam sukan dan permainan.Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik terhadap rakan-rakan dalam suasana yang menggembirakan.

Kurikulum Generasi Gemilang Sekolah Rendah ( KGGSR ) adalah berdasarkan falsafah rekonstrutionalisme. Falsafah rekonstrutionalisme ini menyatakan bahawa peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat berilmu. Aliran ini juga berpendapat, manusia berupaya membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat. Falsafah rekonstrutionalisme amat sesuai bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan membantu mengatasi masalah sosial yang berlaku secara berleluasa pada masa kini.

30 September 2009

sastera rakyat

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

sifat-sifat sastera lisan

  • Disampaikan secara lisan

Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyampaiannya. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang cucu. Selain itu, ia juga disampaikan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya "bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu, profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" ataupun "pawang", yang telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang kampung yang berkenaan.

  • Seringkali kali mengalami perubahan

Sastera rakyat merupakan suatu yang dinamik, dimana ia akan mengalami tokok tambah ataupun pengurangan, menurut peredaran zaman. Daripada itu, kita boleh menjumpai pelbagai variasi untuk suatu cerita rakyat di tempat yang berlain. Malahan, bagi seorang tok cerita, beliau mungkin akan melakukan perbuahan ke atas ceritanya secara spontan, semasa menyampaikan cerita kepada khalayak.

  • Merupakan kepunyaan bersama

Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun penglipur lara yang kerjanya bercerira, beliau juga tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni yang empunya cerita.


  • Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

jenis sastera rakyat

  • sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

sastera rakyat naratif

  • Mitos
    Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
  • Legenda
    Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.
  • Cerita Rakyat
  • merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

sastera rakyat bukan naratif

  • Peribahasa
    adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.
  • Teka-teki
    Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.
  • Puisi rakyat
    Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperi berikut:

  • Sebagai alat hiburan
  • Sebagai alat pengajaran
  • Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.
  • Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.
  • Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru.

rujukan: Hashim Awang. 1985. Sastera Rakyat Malaysia.