Karangan ialah sejenis gerak kerja yang penting dalam bidang penulisan dan diuji pada peringkat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 (kod kertas: 1103/1).
Mengarang ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari serta dilatih kerana kemahiran ini penting dimiliki oleh setiap pelajar. Karangan terhasil daripada kebijaksanaan dan keterampilan menggubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Aktiviti mengarang memerlukan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan yang seumpamanya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.Mengarang merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai melalui proses penulisan yang juga memerlukan seseorang itu berlatih menyusun serta mengilah buah fikiran dan idea agar terjalin dengan kemas, lancar, dan berkesinambungan. Kemahiran ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Mengarang juga merupakan suatu proses yang bersistem dan berterusan. Beberapa tahap mesti dilalui sebelum sesuatu hasil penulisan dihasilkan. Mengarang juga bukan sahaja merupakan kebolehan semulajadi, bahkan perlu dipelajari dan perlu ada latihan yang sistematik sifatnya.
ASAS-ASAS MENGARANG YANG DIPERLUKAN
1. Menganalisis soalan
1.1. Pilih tajuk yang benar-benar anda fahami yang bersesuaian dengan pengetahuan dan pemahaman anda tentangnya. Anda mestilah benar-benar memahami pilihan itu dari segi format atau bentuk, isi dan laras bahasanya.
1.2. Carilah kunci utama sesuatu soalan yang biasanya terletak pada perkataan tertentu.
1.3. Kunci utama pada soalan yang biasa digunakan ialah bincangkan, sejauhmanakah, berikan pendapat, tulislah gambaran, gambarkan keadaan, dan lain-lain lagi.
1.4. Sesudah memahami kunci utama soalan, pastikan anda memahami jumlah elemen yang terkandung dalam soalan itu. Kadang-kadang terdapat dua elemen atau perkara yang perlu ditulis dalam sesebuah karangan.
2. Merangka karangan.
2.1. Rangka karangan ialah garis kasar bagi menulis karangan yang sebenar.
2.2. Rangka karangan seharusnya mengandungi:
(a) pendahuluan
(b) isi-isi /idea
(c) penutup/kesimpulan
2.3. Rangka karangan hendaklah ringkas.
2.4. Anda boleh menulis dalam bentuk ‘point’ atau peta minda.
3. Menulis pendahuluan.
3.1. Tujuan utama bahagian ini adalah untuk menarik minat dan tumpuan pembaca terhadap tema penulisan.
4. Mengembangkan idea:
4.1. Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna.
5. Penutup/kesimpulan.
5.1. Kesimpulan merupakan tempat bagi penulis untuk merumuskan semua isi yang telah dikemukakan.
5.2 Pada bahagian ini, penulis boleh memberikan sedikit cadangan.
5.3. Bahagian ini perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN
Bahagian ini memperkenalkan secara tersurat atau tersirat akan isu atau persoalan yang menjadi judul penulisan. Bahagian ini hendaklah dipersembahkan dengan gaya yang menarik dan bertenaga .Antara bentuk pendahuluan yang dicadangkan:
(a) definisi
(b) persoalan
(c) pantun
(d) seni kata lagu
(e) sajak
(f) syair
(g) cerita
(h) kata-kata hikmat
(i) dialog(j) ucapan/kata-kata pembesar/orang ternama
(k) statistik
(l) berita akhbar
(m) sejarah
(n) suasana
(o) peribahasa
26 August 2009
PENDAHULUAN
Posted by sanggar delima at 7:08 PM 0 comments
Falsafah alam
Penakik pisau seraut,
Ambil galah batang lintabuang,
Selodang dijadikan nyiru,
Yang setitik jadikan laut,
Yang sekepal jadikan gunung,
Alam terkembang dijadikan guru.
Usang diperbaharui,
lapuk disokong,
Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang,
Jika singkat harap diulas,
Panjang harap dikerat,
Rumpang harap disisit,
Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang,
Melihat contoh pada yang sudah,
Melihat tuah pada yang menang,
Sekali air bah,Sekali tepian beralih.
Posted by sanggar delima at 2:30 PM 0 comments
25 August 2009
RAKAMAN PEMIKIRAN DALAM KAPSUL BAHASA BERIRAMA
Nilai pantun yang baik setara dengan puisi karya mana-mana tamadun dunia. Malah Sasterawan Negara Dr Muhamamd Haji Salleh mengatakan bahawa pantun yang baik setanding nilai pemikirannya dengan karya-karya besar Shakespeare.
Profesor Ding Choo Ming dari Universiti Kebangsaan Malaysia pula menyifatkan pantun sebagai ekspresi bahasa Melayu yang charming and cute yang sungguh menarik dan indah.
Satu hakikat ialah apabila kita berpantun termasuk berbalas pantun kita melatih diri kita mengungkapkan persekitaran dan isu yang besar dan rumit, lalu sekali gus meringkaskan ungkapan itu ke dalam satu kapsul bahasa yang kurang daripada 40 suku kata. Benar sekali - hanya 40 suku kata untuk mengungkap idea besar dan hebat. Ini semacam mustahil tetapi itu berlaku dalam budaya pantun empat kerat bangsa Melayu.
Sebagai contoh kita pilih sebuah pantun biasa dalam masyarakat sejak sekian lama dan tidak diketahui pencipta asalnya, untuk dikupas dan dianalisis demi melihat idea-idea besar serta lapisan-lapisan ilmu yang dimateri di dalamnya, dan bagaimana pemikiran tinggi itu dimuat di dalam kapsul bahasa 40 suku kata atau kurang itu.
Puas saya bertanam padi
Dalam pantun di atas seluruh pantun yang terdiri daripada pembayang maksud atau sampiran, iaitu dua baris awal dan maksud pantun di dalam dua baris akhir, hanya mempunyai 36 suku kata di dalam 16 perkataan. Namun ini merupakan pemuatan idea ke dalam kapsul bahasa yang amat berkesan. Di sinilah kelebihan dan kekuatan luarbiasa pada pantun Melayu sebagai media ekspresi.
Kalau kita kaji pantun ini dalam bahasa yang berirama yang ada peraturan jeda dan rentak yang tegas, dan serba ringkas kerana suku katanya terhad, termuat gambaran sosiobudaya masyarakat latar pantun itu dalam sampirannya dan nilai pekerti masyarakat itu termuat di dalam dua baris maksud pantun.
Masyarakat latar dalam sampiran ialah masyarakat agraris atau masyarakat hidupnya bertani. Masyarakat yang dibayangkan dalam isi atau maksud pantun pula masyarakat yang sudah ada ilmu galian dan pemprosesan logam – emas, dan ilmu perdagangan dan kepenggunaan dan sudah ada konsep nilai emas sebagai pengukur kekayan seseorang, dan pengguna boleh memilih apa yang mereka mahu secara bebas tanpa pertimbangan nilai. Bukanklah ini prinsip asas ekonomi iaitu neutral daripada pertimbangan moral atau spiritualnya.
Sekali gus kita juga kita dapat melihat wujudnya konsep tahap dan kedudukan sosial atau protokol yang meletakkan orang yang beremas atau berharta itu sebagai lebih diutamakan atau disanjung dan dihormati. Lantas diungkapkan kritikan sosial tentang materialisme dan kapitalisme, atau komunistik dengan pengkelasan masyarakat kepada marhaen dan elitis.
Memang konsep-konsep sosiologi yang digambarkan itu besar dan perlu diungkapkan dalam istilah khusus, tapi unsur sedemikian ada titik-titik pemikirannya di dalam 36 suku kata pantun yang kita pilih ini.
Juga dalam dua baris maksud pantun itu termuat gambaran cabaran terhadap nilai serta kritikan terhadap masyarakat yang sudah lupa nilai kemanusiaan iaitu budi bahasa dan mengutamakan nilai siapa kuat (kerana hartanya) dia kudrat.
Ini bererti bahasa yang digunakan dalam pantun amat efisien sehingga mampu berbuat demikian.
Kita huraikan selanjutnya begini:
Dalam sampiran atau pembayang maksud itu gambaran sosiobudaya yang wujud ialah satu tahap pertanian yang sudah maju dengan pelbagai tanaman dan hasil pertanian– ada sekurang-kurangnya nanas dan padi sebagai hasil pertanian.
Pemilihan padi dan nanas dalam bahagian sampiran itu amat menepati unsur yang ditonjolkan dalam isi pantun atau maksud pantun kemudiannya iaitu emas dan budi. Ini menjadikan seluruh pantun berkenaan ada kualiti dan kekuatan tersendiri.
Dari segi amalan pertanian padi tumbuh di kawasan paya yang airnya bergenang yang selalunya tidak sesuai untuk tanaman lain. Nanas pula agak ‘sombong’ kerana kawasan penanamannya harus cukup air tetapi tidak boleh air menggegangi pohon ataqu akarnya. Nanas akan rosak kalau pokoknya digenangi air.
Dengan kata lain kawasan nanas harus ada sistem penyaliran yang cukup baik dengan air berdekatan untuk melembabkan tanah tapi tidak terkena akar dan pokoknya. Ini sifat elitis dan menampakkan kecerewetan sifat pada nanas yang dikaitkan dengan sifat golongan masyarakat materialistik dan berkuasa.
Dari segi bentuk fizikal pula pokok padi yang tumbuh di tempat sederhana berdiri dalam keadaan serba lemah kerana batangnya lembut, sehingga apabila buahnya sudah bersiri dan menjadi semakin berat, pokok padi itu semakin tunduk. Dan padi walaupun kecil pokoknya, buahnya banyak bagi setiap pohon, dan sepohon boleh mengeluarkan beberapa tangkai. Ini amat sesuai untuk melambangkan sifat orang berbudi itu yang kadangkala nampak sederhgana tindakannya dan berbudi di sana sini sehingga tidak dihargai.
Selalunya sepohon nanas mengeluarkan sebiji buah. Pohon nanas juga daunnya tebal dan kukuh serta berduri tajam seolah-olah pedang pengawal pintu istana purba. Ini jelas berbeza dengan padi yang lembut batang dan daunnya. Buah nanas yang warnanya kuning keemasan lengkap dengan mahkota yang berduri tajam menjadikannya kelihatan hebat dan boleh dikaitkan dengan sifat orang yang ada harta benda dan emas perak yang selalu benar dikatakan angkuh dan sombong. Sifat tidak mesra pokok nanas dengan duri tajamnya melambangkan sikap orang berharta dan mahu memelihara hartanya dan ada kecenderungan membolot semua harta untuk dirinya – sifat sepohon nanas.
Kalau sifat dan ciri dua tanaman ini kemudiannya boleh dikaitkan dengan ciri dan sifat budi dan emas dalam satu analogi atau simbol serta perbandingan, maka kita dapat melihat yang budi boleh wujud bersahaja dan subur dalam suasana biasa dan daif dan di kawasan yang tidak berapa dijaga, yakni di kalangan manusia yang sanggup menundukkan diri apabila semakin besar tangungjawabnya serta tidak sombong dan angkuh. Maka budi juga diperlukan oleh semua peringkat manusia sebagaimana mereka memerlukan nasi.
Dari segi kesan terhadap manusia dalam ilmu pemakanan pula kesan memakan dua jenis hasil pertanian ini memang berbeza. Padi, beras atau nasi tidaklah sesedap mana tetapi tetap dimakan hari-hari dan memakannya banyak-banyak tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan kecuali berlebihan bekalan karbohidrat di dalam badan. Dalam kes biasa orang tidak akan sakit perut kerana banyak makan nasi.
Nanas yang manis dan sedap menjadi kegilaan kebanyakan orang, sama sifatnya dengan emas yang menjadi sebahagian isi pantun. Kalau dimakan terlalu banyak boleh sekurang-kurangnya menyebabkan sakit perut dan kerana gula dalam nanas itu tinggi maka boleh menambah kadar kandungan gula dalam darah di badan seseorang kalau dimakan banyak secara berterusan. Kegilaan terhadap emas dan harta benda juga hampir serupa, yang selalunya membawa penyakit dan menjadi sumber penderitaan hidup. Makanlah banyak nasi kita sekadar semakin kenyang tetapi makan banyak-banyak nanas, sakit perutlah akibatnya.
Maka dapat kita lihat bentuk simetrikal atau pola paralelisme di dalam pantun ini antara pembayang maksud atau sampiran dengan maksud atau isi pantun dengan kedudukan budi dan emas di dalam kehidupan. Ini contoh pantun yang baik.
Dalam pada itu dalam pantun ini secara tidak langsung ada unsur pedang dua belah mata. Di satu pihak kita melihat orang yang mengemukakan pantun itu mengkritik sifat kebendaan atau materialistik dalam masyarakat yang tidak lagi menghargai budi sebaliknya mengejar harta.
Pada pihak lain kita dapat melihat adanya juga unsur berkira dan berhitung di kalangan orang berbudi yang mahu budi mereka dibalas dan dihargai. Maka timbul persoalan kalau dia mengharapkan penghargaan dan balasan bagi budi yang ditabur atau dicurahkan, tidakkah dia juga materialistik, dengan melabur dan mengharapkan keuntungannya daripada pelaburan budinya?
Dengan itu jelas kini bahawa kalau hendak dikira bukan mudah untuk menghimpunkan kesemua buah fikiran yang disenaraikan di sini serta lapisan-lapisan ilmu yang terselindung yang mesti diketahui sedikit sebanyak oleh pemantun sebelum dapat menghasilkan pantun yang cukup sempurna seperti ini.
Sekali lagi dalam hanya 36 sukukata dan 16 perkataan segala idea segala falsafah hidup, nilai dan amalan sosiobudaya yang begitu banyak dihimpunkan sehingga sebuah pantun yang baik dan sempurna mewujudkan satu kosmologi tersendiri mewakili nilai budaya masyarakat.
Inilah contoh serangkap pantun yanmg berkualiti tinggi dan inilah kualiti yang hendak kita capai dalam mencipta sesebuahg pantun
Posted by sanggar delima at 2:52 PM 1 comments
Panduan Puasa Ramadhan
MASYRU'IYAT PUASA RAMADHAN
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atasorang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
1. Puasa Ramadhan hukumnya Fardu `Ain
2. Puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA
1. Bulan Ramadhan adalah:
a. Bulan yang penuh Barakah.
b. Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
c. Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
d. Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
e. Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri.
2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
a. Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
b. Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
c. Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.
RUKUN PUASA
a. Berniat sejak malam hari
b. Menahan makan, minum, koitus (Jima') dengan istri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari (Maghrib), Wanita yang sedang haidh dilarang puasa sampai habis masa haidhnya, lalu melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yag ditinggalkannya selama dalam haidh.
YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK PUASA RAMADHAN
Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah :
a). Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
b) Orang yang bepergian ( Musafir ). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.
Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena :
a). Umurnya sangat tua dan lemah.
b). Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesihatan anaknya.
c). Karena mengandung dan kuatir akan kesihatan dirinya.
d). Sakit yang tidak ada harapan sembuh.
e). Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA
a. Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa.
b. Sengaja muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa.
c. Dengan sengaja menyetubuhi isteri di siang hari Ramadhan, ini disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa : memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.
d. Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib)
HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN WAKTU IBADAH PUASA
a. Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karana haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
b. Menta'khirkan mandi junub setelah adzan Subuh.
c. Berbekam pada siang hari.
d. Mencium, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari (hukumnya makruh)
e. Beristinjak (menghirup air kedalam hidung) terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya.
f. Disuntik di siang hari.
g. Memakan makanan asal tidak ditelan.
ADAB-ADAB PUASA RAMADHAN
1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib.
Sunnah berbuka adalah sbb :
a. Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti rutob (kurma muda), kurma dan air saja, setelah itu baru melaksanakan solat
b. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
c. Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Ertinya : "Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah."
2. Makan sahur.
Adab-adab sahur :
a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Subuh.
b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar azan Subuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Subuh.
3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bersedekah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur'an
4. Menegakkan solat malam/solat Tarawih dengan berjama'ah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan).
Cara solat Tarawih adalah :
a. Dengan berjama'ah.
b. Salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at.
c. Dibuka dengan dua raka'at yang ringan.
d. Bacaan dalam witir :
Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika.
Roka't kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun.
Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad.
e. Membaca do'a qunut dalam solat witir.
5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.
6. Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir.
7. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.
Cara i'tikaf:
a. Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i'tikaf di masjid.
b. Tidak keluar dari tempat i'tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak.
c. Tidak mencampuri isteri dimasa i'tikaf.
Posted by sanggar delima at 2:36 PM 0 comments
24 August 2009
Dinasihatkan atau dinasihati
Kenapa?
Kedua-duanya ialah kata kerja pasif.
Kata kerja aktifnya ialah menasihatkan dan menasihati.
Kedua-duanya betul jika digunakan pada tempatnya.
Sila analisis ayat contoh yang berikut:
i. Ayat aktif: Ibu menasihatkan hal itu kepada saya.
Ayat pasif: Hal itu dinasihatkan oleh ibu kepada saya.
ii. Ayat aktif: Ibu menasihati saya hal itu.
Ayat pasif: Saya dinasihati hal itu oleh ibu.
Walau bagaimanapun kata kerja pasif tersebut tidak sesuai digunakan dalam situasi ayat yang berikut:
iii. Saya dinasihatkan hal itu oleh ibu.
iv. Hal itu dinasihati kepada saya oleh ibu.
"Dinasihatkan" dan "dinasihati" hanya boleh digunakan jika pelaku dalam subjek ialah pelaku diri ketiga. Jika subjeknya ialah pelaku diri pertama atau kedua, kata kerja pasifnya berubah kepada "nasihatkan" dan "nasihati".
Sila analisis ayat-ayat yang berikut.
v. Ayat aktif: Kamu menasihatkan hal itu kepada saya.
Ayat pasif: Hal itu kamu nasihatkan kepada saya.
vi. Ayat aktif: Kami menasihati saya hal itu.
Ayat pasif: Saya kamu nasihati hal itu.
Posted by sanggar delima at 1:58 PM 0 comments
23 August 2009
KRITIK SOSIAL DALAM PANTUN MELAYU: LAMBANG KETEKALAN MINDA
Oleh:
Dr. Zurinah Hassan
Dr. Salinah binti Ja’afar
Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Abstrak
Posted by sanggar delima at 10:41 PM 0 comments
kesalahan pembentukan frasa
Antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dikemukakan ialah;
1) Frasa nama (kata nama jamak, kata majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM)
2) Frasa kerja pasif kata ganti diri pertama/kedua dan kata ganti diri ketiga
3) Frasa kerja transitif dan tak transitif
4) Frasa adjektif
5) Frasa sendi
1) Kesalahan Frasa NamaKesalahan yang kerap ialah kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM.
Kesalahan Contoh:
1. Kesemua peserta-peserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenang-kenangan.
2. Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam mesyuarat tersebut.
3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.
4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
5. Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.
Ayat sepatutnya:
1. Kesemua peserta (atau: peserta-peserta) seminar itu ......
2. ...... membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat ......
3. Alat-alat tulis (atau: semua alat tulis) itu kami beli .......
4. Para ibu bapa pelajar sekolah itu ......
5. Para guru (atau: guru-guru) diseru .......
Ulasan ringkas:
1. Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak menunjukkan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti ‘semua kanak-kanak’ atau ‘ semua rama-rama’.
2. Perkataan ‘hal’ harus mendahului perkataan ‘lain’ dan digandakan untuk menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak.
3. Kata majmuk ‘alat tulis’ tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan.
4. Perkataan ‘ibu bapa’ merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak boleh digandakan langsung, sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.
5. Sama sebagaimana dalam ayat (1)2) Kesalahan Frasa Kerja Pasif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendi antara pelaku dan kata kerja pasif diri pertama dan kedua.
Selain itu kesalahan pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua.
Selain itu juga terdapat ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang menerima keterangan selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi nama ‘oleh’.
Kesalahan Contoh:
1. Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan.
4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat mungkin.
5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok seorang pakar motivasi.
Ayat sepatutnya:
1. ....... dikumpulkan (oleh) mereka .....
2. ....... kami kumpulkan .......
3. ....... akan kami beli .......
4. ....... perlu kamu beli .......
5. ....... disampaikan pada hari esok oleh seorang pakar motivasi.
Ulasan ringkas:
Proses pembentukan ayat pasif perlu difahami sebelum pelajar dapat menguasai apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat pasif merupakan ayat yang meletakkan ‘benda yang kena’ oleh perbuatan sebagai ‘subjek’ ayat. Dalam ayat 1 hingga 5 semua subjeknya ‘bahan buangan’, ‘alat tulis’ dan ‘ceramah’ merupakan benda yang kena oleh perbuatan.
1. ‘Mereka’ merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja berimbuhan ‘di...kan’. Kata hubung ‘oleh’ merupakan unsur pilihan iaitu boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif ‘dikumpulkan’ tiada sebarang keterangan.
2. Ayat (1), (2) dan (3) mengandungi kata ganti nama diri pertama (kami) dan kata ganti nama diri kedua (kamu) yang meletakkan pelaku baru diikuti kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan. Antara pelaku dan kata kerja juga tidak boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu ragam perlu sebelum pelaku.
3. Ayat (5) memerlukan kata hubung ‘oleh’ disebabkan selepas kata kerja pasif ‘disampaikan’ merupakan keterangan masa baru diikuti pelaku (pakar motivasi). Tanpa kata hubung ‘oleh’ ayat tersebut merupakan ayat tergantung.
3) Kesalahan Frasa Kerja Transitif dan Tak Transitif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan merupakan kesalahan pembentukan frasa dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja.
Kesalahan Contoh:
1. Kami akan menerangkan tentang perkara itu kepada mereka.
2. Aminah tidak mahu memulangkan semula buku itu kepada abangnya.
3. Mereka tidak dapat terima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan.
4. Badrul berharap Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.
5. Salleh berfikir kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil.
Ayat Sepatutnya:
1. .....akan menerangkan perkara itu ......
2. .....tidak mahu memulangkan buku itu semula .........
3. .....tidak dapat menerima keputusan ........
4. .....berharap agar Ahmad akan .........
5. .....berfikir bahawa kejadian itu ........
Ulasan ringkas:
1. Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (1) dan (2) memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek. Perkataan ‘menerangkan’ dan ‘memulangkan’ merupakan kata kerja transitif yang harus menerima ‘perkara itu’ dan ‘buku’ sebagai penyambut. Secara ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti ‘apakah’ benda yang kena oleh perbuatan.
2. Ayat 3 memerlukan imbuhan ‘MeN’ (me, men, meN..i, meN..kan, meng, meny, menge) bagi membentuk frasa kerja transitif.
3. Ayat (4) dan ayat (5) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata sendi nama ataupun kata hubung ‘agar’ dan ‘bahawa’ sebagai penyambung kepada keterangan. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung ayat tersebut membentuk kesalahan frasa.
4) Kesalahan Frasa Adjektif.Kesalahan yang kerap dikemukakan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak tepat.
Kesalahan Contoh:
1. Harris merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam kelasnya.
2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis tersebut.
3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling terawal sampai di sekolah pada setiap hari.
4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal sekali setelah memenangi pingat emas di peringkat SukanOlimpik.
5. Bangunan itulah yang paling tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. Saya sungguh benci kelakuan buruknya.
Ayat sepatutnya:
1. ........pelajar yang terpintar di dalam kelasnya. (atau) ....... pintar sekali di dalam kelasnya.
2. ........berpakaian begitu kemas untuk ......(atau) ........berpakaian kemas sekali untuk .......
3. ........guru yang paling awal sampai.......(atau) ........guru yang terawal sampai .........
4. ........menjadi begitu terkenal setelah .......(atau) .......menjadi terkenal sekali setelah......
5. ........yang paling tinggi di Kuala Lumpur. (atau) ........yang tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. .......sungguh benci akan kelakuan buruknya.
Ulasan ringkas:
Dua kata penguat dalam frasa adjektif tidak boleh digunakan dalam satu adjektif kecuali KATA PENGUAT BEBAS (sungguh, sangat dan amat).
Begitu juga dengan imbuhan ‘ter’ yang mendukung maksud darjah penghabisan tidak boleh menerima kata penguat kecuali kata kata penguat bebas. Selain itu kata adjektif perasaan juga memerlukan kata sendi nama untuk dihubungkan dengan keterangan (lihat ayat 6).
Contoh dua kata penguat yang BOLEH digunakan dalam frasa adjektif ialah:
1. amat cantik sekali
2. sungguh besar sekali.
3. sangat baik benar.
4. teramat pandai.
5. tersangat masyhur.·
Dua KATA PENGUAT BEBAS (sangat, sungguh dan amat) BOLEH digunakan bersama atau digabungkan dengan satu lagi penguat ( biasanya kata penguat ‘sekali’) dalam satu adjektif seandainya salah satunya merupakan KATA PENGUAT BEBAS.5)
Kesalahan Frasa SendiKesalahan yang kerap dikemukakan ialah pengguguran frasa sendi antara kata kerja intransitif dan kata nama. Selain itu penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat juga merupakan kesalahan lazim yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan.
Kesalahan Contoh:
1. Mereka berasal dari sebuah keluarga yang besar.
2. Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar daripada hutan itu secepat ini.
3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kebakaran itu akan ditempatkan di rumah panjang.
4. Dia melemparkan buku tersebut ke Azhar kerana terlalu marah.
5. Mereka memulakan kerja pembersihan itu daripada sudut kanan kawasan itu.
Ayat sepatutnya:
1. .......berasal daripada sebuah keluarga......
2. .......keluar dari hutan .........
3. .......yang terlibat dalam kebakaran..........
4. ........melemparkan buku tersebut kepada Azhar........
5. ........kerja pembersihan itu dari sudut kanan.......
Ulasan ringkas:
Pembentukan frasa sendi perlu mengikut tujuan pembentukannnya yang tepat. Sesuatu kata sendi yang membentuk frasa sendi tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam keadaan biasa diterima dan difahami maksud fras berkenaan. Misalnya kata sendi ‘dari’ perlu digunakan untuk menunjukkan ARAH, TEMPAT dan MASA.
Dalam ayat (3) frasa ‘di dalam kebakaran’ tidak boleh diterima sebagai betul kerana ‘kebakaran’ tidak menunjukkan maksud tempat sebaliknya bermaksud keadaan sesuatu atau hal. Maka kata sendi nama ‘di’ perlu digugurkan dan hanya menggunakan ‘dalam’.
Dalam ayat (4) ‘Azhar’ menunjukkan maksud ‘manusia’ yang perlu menggunakan kata sendi nama ‘kepada’ bagi membentuk hukum penggunaan kata sendi nama yang betul. Ayat (5) ‘sudut kanan’ bermaksud tempat, maka kata sendi nama ‘dari’ perlu digunakan untuk membentuk frasa sendi yang betul.
Posted by sanggar delima at 9:35 PM 0 comments
18 August 2009
SESUNTUK KITA MENCARI TAKWA
Mengapa seringkali mengadai waktu
Posted by sanggar delima at 3:09 AM 0 comments
gadis kecil- Usman Awang
Posted by sanggar delima at 2:51 AM 0 comments
Renungan kata pengisian jiwa
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……
Posted by sanggar delima at 2:46 AM 0 comments