BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 August 2009

Dinasihatkan atau dinasihati

Kenapa?

Kedua-duanya ialah kata kerja pasif.

Kata kerja aktifnya ialah menasihatkan dan menasihati.

Kedua-duanya betul jika digunakan pada tempatnya.

Sila analisis ayat contoh yang berikut:

i. Ayat aktif: Ibu menasihatkan hal itu kepada saya.

Ayat pasif: Hal itu dinasihatkan oleh ibu kepada saya.

ii. Ayat aktif: Ibu menasihati saya hal itu.

Ayat pasif: Saya dinasihati hal itu oleh ibu.

Walau bagaimanapun kata kerja pasif tersebut tidak sesuai digunakan dalam situasi ayat yang berikut:

iii. Saya dinasihatkan hal itu oleh ibu.

iv. Hal itu dinasihati kepada saya oleh ibu.

"Dinasihatkan" dan "dinasihati" hanya boleh digunakan jika pelaku dalam subjek ialah pelaku diri ketiga. Jika subjeknya ialah pelaku diri pertama atau kedua, kata kerja pasifnya berubah kepada "nasihatkan" dan "nasihati".

Sila analisis ayat-ayat yang berikut.

v. Ayat aktif: Kamu menasihatkan hal itu kepada saya.

Ayat pasif: Hal itu kamu nasihatkan kepada saya.

vi. Ayat aktif: Kami menasihati saya hal itu.

Ayat pasif: Saya kamu nasihati hal itu.

0 comments: