BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

14 September 2009

Beberapa jenis pengenalan karangan


Pengenalan Jenis Definisi
Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,kelab dan persatuan,dan unit pertubuhan seragam.Semua pelajar wajib menyertai kegiatan ini.Sebenarnya, banyak kepentingan atau kebaikan yang akan diperoleh oleh pelajar jika menyertai kegiatan ini.

Pengenalan Jenis Pendapat Tokoh
Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Dato’ Seri Hishammudin Tun Husin Onn mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Beliau menyatakan bahawa pihak pegawai Kementerian Pelajaran akan memantau setiap sekolah untuk memastikan kegiatan ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.Beliau menegaskan bahawa kegiatan ini banyak kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Suasana
Pada setiap petang, kawasan sekolah itu dipenuhi pelajar yang menjalankan pelbagai aktiviti.Ada pelajar yang bermain bola di padang. Di dewan pula, pelajar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihan Tae-Kwan-Do.Di depan kantin pula, pasukan kadet polis sedang menjalani latihan kawad kaki. Semua aktiviti yang dijalankan itu sebenarnya banyak membawa kebaikan atau kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Persoalan
Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Mengapakah setiap pelajar perlu menyertai kegiatan ini?Adakah pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini akan diambil tindakan oleh pihak sekolah? Persoalannya ialah apakah kepentingan pelajar menyertai kegiatan ini?

0 comments: