BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

14 September 2009

perbezaan antara "bila" dan "apabila"

Bila dan apabila sering digunakan dengan maksud yang sama oleh kebanyakan orang. Hal ini terjadi kerana orang terpengaruh oleh penggunaan kata when dalam bahasa Inggeris yang dapat menjadi kata tanya dan sekali gus dapat menjadi kata penghubung. Tetapi, dalam bahasa Melayu, kita menggunakan bila sebagai kata tanya dan apabila sebagai kata penghubung.




Misalnya:


(i) Bilakah kali terakhir saudara beli telefon bimbit?


(ii) Apabila guru masuk ke dalam kelas, murid-murid berdiri sebagai tanda hormat.




Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kata bila tidak boleh digantikan dengan apabila. Tentu anda tidak dapat menerima ayat yang berikut ini sebagai ayat yang gramatis:


(iii) Apabilakah kali terakhir saudara beli telefon bimbit?Demikianlah juga, kata penghubung apabila tidak seharusnya digantikan dengan bila, kerana apabila menerangkan sesuatu kejadian dan bukan menanyakan waktu.

0 comments: