BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

30 September 2009

sastera rakyat

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

sifat-sifat sastera lisan

  • Disampaikan secara lisan

Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyampaiannya. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang cucu. Selain itu, ia juga disampaikan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya "bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu, profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" ataupun "pawang", yang telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang kampung yang berkenaan.

  • Seringkali kali mengalami perubahan

Sastera rakyat merupakan suatu yang dinamik, dimana ia akan mengalami tokok tambah ataupun pengurangan, menurut peredaran zaman. Daripada itu, kita boleh menjumpai pelbagai variasi untuk suatu cerita rakyat di tempat yang berlain. Malahan, bagi seorang tok cerita, beliau mungkin akan melakukan perbuahan ke atas ceritanya secara spontan, semasa menyampaikan cerita kepada khalayak.

  • Merupakan kepunyaan bersama

Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun penglipur lara yang kerjanya bercerira, beliau juga tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni yang empunya cerita.


  • Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

jenis sastera rakyat

  • sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

sastera rakyat naratif

  • Mitos
    Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
  • Legenda
    Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.
  • Cerita Rakyat
  • merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

sastera rakyat bukan naratif

  • Peribahasa
    adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.
  • Teka-teki
    Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.
  • Puisi rakyat
    Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperi berikut:

  • Sebagai alat hiburan
  • Sebagai alat pengajaran
  • Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.
  • Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.
  • Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru.

rujukan: Hashim Awang. 1985. Sastera Rakyat Malaysia.

17 September 2009

penilaian kemahiran berbahasa

1. penilaian kemahiran lisan~

penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.~aspek2 yang dinilai :

  • kefahaman konsep
  • pengetahuan fakta
  • pemikiran peringkat tinggi
  • kecekapan mendengar
  • penggunaan bahasa yang tepat
  • gaya persembahan / kelancaran berbahasa


2. Penilaian kemahiran membaca

  • penggunaan bahasa yang tepat.
  • kelancaran berbahasa yang baik.
  • penggunaan intonasi yang betul.
  • sebutan dan jeda yang tepat.


3. Penilaian kemahiran menulis
~ ia dinilai melalui karangan , laporan projek / kerja kursus / folio, latihan dan ujian bertulis, huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.
~ kemahiran yang diukur :

  • kemahiran menulis
  • menyusun idea
  • perbendaharaan kata
  • mengaplikasi
  • mentafsir
  • menilai

14 September 2009

Beberapa jenis pengenalan karangan


Pengenalan Jenis Definisi
Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,kelab dan persatuan,dan unit pertubuhan seragam.Semua pelajar wajib menyertai kegiatan ini.Sebenarnya, banyak kepentingan atau kebaikan yang akan diperoleh oleh pelajar jika menyertai kegiatan ini.

Pengenalan Jenis Pendapat Tokoh
Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Dato’ Seri Hishammudin Tun Husin Onn mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Beliau menyatakan bahawa pihak pegawai Kementerian Pelajaran akan memantau setiap sekolah untuk memastikan kegiatan ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.Beliau menegaskan bahawa kegiatan ini banyak kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Suasana
Pada setiap petang, kawasan sekolah itu dipenuhi pelajar yang menjalankan pelbagai aktiviti.Ada pelajar yang bermain bola di padang. Di dewan pula, pelajar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihan Tae-Kwan-Do.Di depan kantin pula, pasukan kadet polis sedang menjalani latihan kawad kaki. Semua aktiviti yang dijalankan itu sebenarnya banyak membawa kebaikan atau kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Persoalan
Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Mengapakah setiap pelajar perlu menyertai kegiatan ini?Adakah pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini akan diambil tindakan oleh pihak sekolah? Persoalannya ialah apakah kepentingan pelajar menyertai kegiatan ini?

perbezaan antara "bila" dan "apabila"

Bila dan apabila sering digunakan dengan maksud yang sama oleh kebanyakan orang. Hal ini terjadi kerana orang terpengaruh oleh penggunaan kata when dalam bahasa Inggeris yang dapat menjadi kata tanya dan sekali gus dapat menjadi kata penghubung. Tetapi, dalam bahasa Melayu, kita menggunakan bila sebagai kata tanya dan apabila sebagai kata penghubung.




Misalnya:


(i) Bilakah kali terakhir saudara beli telefon bimbit?


(ii) Apabila guru masuk ke dalam kelas, murid-murid berdiri sebagai tanda hormat.




Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kata bila tidak boleh digantikan dengan apabila. Tentu anda tidak dapat menerima ayat yang berikut ini sebagai ayat yang gramatis:


(iii) Apabilakah kali terakhir saudara beli telefon bimbit?Demikianlah juga, kata penghubung apabila tidak seharusnya digantikan dengan bila, kerana apabila menerangkan sesuatu kejadian dan bukan menanyakan waktu.

kosa kata: kondusif, kontroversi dan konsisten

1 kondusif
sesuai, baik dsb. untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.

Contoh ayat: Kerajaan negeri memberi jaminan akan terus menyediakan suasana ekonomi yang kondusif dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing.

2 kontroversi
Perselisihan /pertelingkahan pendapat dsb yang biasanya berlarutan.

Contoh ayat: Kontroversi pemilihan peserta akhir Mentor 3 tentunya tidak akan mengganggu konsentrasi tiga protégé yang akan bersaing pada malam ini.

3 konsisten
Terus berpegang pada pendirian dsb yang sama, tekal; secocok, sesuai, sejajar.

Contoh ayat: Tidak pernah kenal erti putus asa dan konsisten dengan prestasi terbaik merupakan resipi utama pasukan Selangor sepanjang musim ini dalam saingan Liga Malaysia.

07 September 2009

sastera

Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkan pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja.

Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya.Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka. Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif.

Jadi, tanpa karya sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda.Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka.Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat.

Masyarakat yang tiada pilih kasih dan mementingkan diri.Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang, sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin menghilang.Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden. Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera hilang di persada dunia ini?

01 September 2009

kesalahan kata nama khas dalam iklan

Nama khas yang dianggap kurang sesuai,tidak sesuai atau tidak sesuai
sama sekali ialah kata nama yang tidak memenuhi ciri-ciri kebaika,
keindahan dan kecanggihan atau baik pada umumnya.



Ciri-ciri kelemahan atau kekurangan pada nama khas dapat dibahagikan kepada beberapa aspek, antaranya:


a. Aspek Ejaan
Perkataan seperti:
*sharikat, *perabut, *stesyen / setesyen, *kelinik, *letrik
/eletrik, *timor
(ini nama khas yang terbentuk sebelum tahun 1972 tetapi tidak diubah dan masih terpampang di khalayak ramai)

Juga terdapat pada kata nama khas yang baru, seperti:
*Chen’s Chermin Mata (Kedai Cermin Mata Chen)
*Kelinik Krishna (Klinik Krishna)
*Komplek Kewangan (Kompleks Kewangan)

Kata majmuk:
salah: pasaraya, pasaria, alatulis, lebuhraya, bandaraya
betul: pasar raya, pasar ria, alat tulis, lebuh raya, bandar raya

Penulisan rangkai kata atau frasa gabungan kata nama khas
dianggap salah, iaitu:
*Lembaga Lebuhraya Malaysia (Lembaga Lebuh Raya
Malaysia)
*Majlis Keselamatan Jalanraya (Majlis Keselamatan
Jalan Raya)
*Pasaraya Medan Sdn. Bhd. (Pasar Raya Medan Sdn.
Bhd.)

Akronim, iaitu:
*Dunlop Klinikar (Klinik KeretaDunlop)
*Mesiniaga (Mesin Niaga)
*Dunlop Khidmatrak (Khidmat Trak Dunlop)

Tanda baca, iaitu:
a. Huruf kecil digunakan pada permulaan kata.
b.Hurus besar digunakan untuk kata tugas, contoh:
*Petaling Jaya Indah dan Bersih (Petaling Jaya Indah dan Bersih)


b. Penggunaan Istilah Umum dan Istilah Khusus
Antara masalah yang sering terjadi ialah ketidakselarasan atau ketidaktepatan istilah yang digunakan. Kesannya, wujud kata nama khas berikut:

*Golf & Country Club (Golf dan Kelab Desa)
*Resort (persantaian, Tempat Peranginan)
*Café & Restaurant(kafe dan restoran)


c. Aspek Tatabahasa dalam Penamaan
Kata nama khas yang terbentuk tidak menurut hukum DM, contohnya:

*Perkasa Ekspres (Ekspres Perkasa)
*Kassim restoran (Restoran Kassim)
*Yusra Elektrik (Elektrik Yusra)